SELAMAT DATANG KE WEB BLOG MELAYUCYBER

Click to : PONDOK HABIB :

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

• MELAYUCYBER BLOG2

LAMAN MENARIK :

• PONDOK HABIB
• AL-HAWI
• ASYRAAF
• BAHRUS SHOFA
• USTAZ ZAMIHAN
• USTAZ AL SUBKI
• AL HANIEF
• JOM FAHAM
• AL ASHAIRAH
• KAJIAN ISLAM
• PROTAJDID
• BICARA SUFI
• MALAKIAN
• AL FANSHURI
• MUKHLIS
• PONDOK TAMPIN
• AL BAZRAH
• ROUDHAH
• ABULEHYAH
• MAJLIS ILMU
• MAJLIS RASULULLAH
• AL MUKMINUN
• KISAH WALI
• UMMUL BARAKAH
• ILUVISLAM
• JIHAD WAHABI

• SUMBANGAN DERMA UNTUK ANAK YATIM

Bagi yang ingin menderma dan memberi sumbangan kepada Rumah Kebajikan bagi anak yatim, bantuan pendidikan, bantuan fakir miskin, bantuan saudara baru, kaunseling, motivasi dan kem bina insan yang diuruskan oleh Pengurusan Dar Ar Rahman boleh membuat bayaran ke Maybank Akaun : 56-454-8121-325. Untuk keterangan lanjut hubungi saudara Nur Muhammad : HP: 017-2602690. Semoga sumbangan anda diberkati oleh Allah S.W.T.

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

rss feed

Monday, November 02, 2009
Kewajipan mencintai keluarga Nabi SAW

Kewajipan mencintai keluarga Nabi SAW

PERARAKAN sempena Maulidur Rasul adalah antara cara memupuk kecintaan terhadap Rasulullah SAW.

RATA-RATANYA masyarakat Islam keliru mengenai apakah pegangan sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap ahli keluarga Nabi SAW. Kekeliruan ini membuatkan ramai di kalangan kita tidak mahu menyentuh permasalahan mengenai hak-hak Ahli Bait barangkali kerana khuatir terlibat dengan fahaman puak Syiah dan Rafidhah.

Sebahagian yang lain menganggap ia bukanlah suatu permasalahan yang penting untuk diambil berat dan diperbahaskan dengan panjang lebar.

Walau apa pun alasannya, perbuatan dan perkataan salafussoleh serta ulama telah bersalahan dengan pendirian mereka. Pendapat salaf juga menjadi bukti dan hujah bahawa mereka tidak pernah meletakkan perbahasan mengasihi Ahli Bait sebagai perkara sampingan dan hal remeh-temeh.

Sebabnya, mereka sedar dengan sebenar-benar kesedaran bahawa mencintai dan memuliakan ahli keluarga Nabi SAW adalah perintah yang wajib dijunjung walau di mana mereka berada.

Secara umumnya perintah memulia dan mencintai ahli keluarga Nabi SAW termaktub di dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Nabi Muhammad): Bahawa aku tidak meminta sebarang upah di atas seruan dakwahku ini melainkan agar kalian mencurahkan rasa kasih sayang terhadap al-Qurba (kaum kerabat Rasulullah SAW). (as-Syuura: 23)

Demikian juga diriwayatkan dalam banyak hadis mengenai tuntutan mencintai dan memuliakan Ahli Bait seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud: Aku ingatkan kamu kepada Allah (agar mencintai dan memuliakan) ahli keluargaku. (riwayat Muslim, Tarmizi, al-Nasa'i, Ahmad dan al-Hakim).

Di dalam hadis yang lain pula Baginda SAW bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya aku tinggalkan buat kalian dua bekalan iaitu Kitabullah dan keturunanku Ahli Bait. Sesungguhnya Allah Yang Maha Pelembut dan Maha Mengetahui telah memberitahuku bahawa kedua-duanya tidak akan berselisih sehinggakan kedua-duanya masuk ke syurga, maka lihatlah bagaimana kalian melanjutkan kepimpinanku terhadap dua perkara ini". (Dikeluarkan oleh al-Haytami dalam Majma' al Zawaid)

Daripada dalil-dalil di atas, nyatalah kepada kita bahawa mencintai dan memuliakan Ahli Bait adalah merupakan perintah yang terbit dari pelita al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.

Salafussoleh dan Ahli Bait

Para salafussoleh r.a tidak membiarkan firman Allah SWT dan hadis-hadis yang terlalu banyak menekankan peri pentingnya mencintai dan memuliakan Ahli Bait sebagai kalam yang sia-sia. Mereka telah mempraktikkan semua ini sepanjang kehidupan mereka dan menyemai rasa kasih dan penghormatan terhadap Ahli Bait ke dalam hati anak-anak mereka sejak kecil lagi.

Saidina Abu Bakar al Siddiq r.a pernah berkata: "Demi jiwaku yang berada di dalam kekuasaan-Nya, aku lebih suka menyambungkan silaturrahim dengan kerabat Rasulullah SAW daripada kerabatku. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Saidina Umar ibn al-Khattab r.a pula pernah menyatakan kepada Saidina Abbas r.a dengan katanya: "Demi Allah! Keislaman kamu pada hari kamu memeluk Islam lebih aku sukai daripada pengislaman al-Khattab (iaitu bapanya), kerana keIslaman kamu lebih dikasihi oleh Rasulullah SAW daripada pengislaman al-Khattab". (riwayat Ibnu Saad di dalam al-Tobaqat).

Demikian juga perbuatan Saidina Zaid ibn Thabit r.a yang mencium tangan Ibnu Abbas r.a lalu berkata: "Beginilah kami diperintahkan agar menghormati ahli keluarga Nabi kami".

Seorang cucu Rasulullah SAW yang bernama Abdullah ibn Hasan ibn Hasan berkata: "Aku telah datang menemui Umar ibn Abdul Aziz dengan membawa hajatku. Maka dia berkata kepadaku: Sekiranya kamu mempunyai sebarang hajat, maka utuskanlah seorang utusan kepadaku dan tulislah hajatmu itu kerana aku malu kepada Allah tatkala melihatmu berada di depan pintu rumahku".

Kecintaan Imam Mazhab Terhadap Ahli Bait

Imam-imam mazhab fiqh yang muktabar juga sentiasa meletakkan kedudukan Ahli Bait di tempat yang selayaknya seperti yang telah diperintahkan oleh Allah dan rasul-Nya.

Mereka hidup bergaul dengan zuriat Baginda SAW yang mendiami kota Madinah, Mekah dan bumi Syam dengan pergaulan yang baik, penghormatan dan kasih sayang demi meraih keredaan nenda mereka, Rasulullah SAW.

Imam Abu Hanifah r.a adalah di antara imam-imam Ahli Sunnah yang begitu mengasihi ahli keluarga Nabi SAW. Beliau telah berfatwa agar umat Islam memberikan wala' (kesetiaan), melazimi dan mentaati Saidina Ibrahim ibn Abdullah ibn al-Hasan ibn al-Hasan al-Muthanna ibn Ali r.a. Fatwanya ini menyebabkan beliau dipenjara tetapi diuar-uarkan bahawa beliau dihukum penjara kerana menolak jawatan kadi yang ditawarkan kepadanya.

Imam Malik ibn Anas r.a juga telah memuliakan dan berfatwa agar umat Islam memberi ketaatan kepada Saidina Ibrahim ibn Zaid ibn Ali Zain al-Abidin ibn al-Husain ibn Ali r.a. Lantaran daripada itu, beliau dipenjarakan selama beberapa tahun.

Imam Muhammad ibn Idris al-Syafie pula adalah di kalangan imam yang paling tebal kecintaannya terhadap ahli keluarga Nabi SAW. Beliau menegaskan di dalam serangkap syairnya yang bermaksud: "Sekiranya mencintai ahli keluarga Nabi SAW menjadikan seseorang itu digelar Rafidhah, maka saksikanlah wahai manusia dan jin bahawa aku adalah Rafidhah".

Di dalam sebuah syairnya yang lain beliau menyatakan: "Wahai Ahli Bait Rasulullah! Cinta terhadap kalian adalah satu kewajipan di dalam al-Quran yang diturunkan Allah, Cukuplah bukti betapa tingginya kedudukan kalian, sesiapa yang tidak bersalawat ke atas kalian di dalam solat, maka tidak sempurnalah solatnya".

Diriwayatkan oleh muridnya bernama al-Rabi' bahawa: Ketika kami pergi mengerjakan haji bersama Imam Syafie r.a, kami melihat beliau tidak akan mendaki suatu tempat yang tinggi atau turun ke kawasan lembah, melainkan beliau akan menangis dan mendendangkan syairnya yang bermaksud: "Ahli keluarga Nabi adalah perisaiku dan mereka adalah wasilahku kepada Allah, aku berharap kelak dengan keberkatan mereka, agar diserahkan sahifah (catatan amalan) di tangan kananku".

Mencintai Ahli Bait di sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah

Sesungguhnya Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah kelompok umat Islam yang paling benar dan tepat dalam mempersembahkan kasihnya terhadap ahli keluarga Nabi SAW.

Kecintaan mereka pada hakikatnya berbeza dengan pegangan kaum Syiah yang bersifat melampau dalam mengagungkan Ahli Bait. Kecintaan mereka yang berpaksikan kepada al-Quran dan Sunnah ini merumuskan kepada kita kepada beberapa perkara:

lAhli Sunnah mewajibkan pengikutnya mencintai dan memuliakan semua Ahli Bait dan sahabat-sahabat Baginda SAW kerana tanda kasih yang tulus terhadap Nabi SAW ialah dengan mengasihi dan memuliakan Ahli Bait dan para sahabat baginda.

lAhli Sunnah berlepas diri (tiada kena mengena) dengan jalan orang yang melakukan pelampauan ke atas keluarga Nabi SAW seperti mana amalan kaum Rafidhah yang tercela.

lAhli Sunnah memuliakan isteri-isteri Nabi SAW serta mendoakan agar Allah SWT meredai mereka setiap kali disebut nama-nama mereka. Pemilihan mereka sebagai isteri adalah dari perbuatan Nabi SAW yang maksum. Sekiranya kita mencerca mereka seperti amalan kaum Syiah, secara tidak langsung kita mempertikaikan kemaksuman Rasulullah SAW.

lAhli Sunnah menyifatkan Ahli Bait sebagaimana yang disyariatkan dan digariskan oleh al- Quran dan Sunnah, bukan mengasihi mereka untuk menjayakan syiar dan muslihat politik seperti mana amalan kaum Syiah.

lAhli Sunnah tidak mengiktikadkan bahawa Ahli Bait adalah maksum, bahkan mereka juga manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan dosa sebagaimana manusia yang lain.

lAhli Sunnah beriktikad bahawa perkataan dan pendapat yang menyebut tentang kelebihan atau kemuliaan Ahli Bait tidaklah bermaksud melebihkan mereka pada setiap keadaan atau setiap orang. Bahkan dari beberapa sudut yang lain terdapat individu-individu lain yang lebih afdal daripada mereka.

Demikian juga terdapat banyak kitab karangan ulama fiqh, hadis dan tafsir mengenai gesaan mencintai dan memuliakan ahli keluarga Nabi SAW. Di antara mereka ialah al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti r.a.

Beliau telah menulis sebuah risalah bertajuk Ihya' al-Mayyit Bi Fadhail Aalil Bait yang menghimpunkan 60 buah hadis yang membicarakan tentang tuntutan mengasihi, keutamaan dan kelebihan ahli keluarga Nabi SAW.

Posted at 08:53 am by melayucyber

Wednesday, October 28, 2009
Ceramah dan Ratib al Attas

Ceramah dan Ratib al Attas

Time: October 31, 2009 from 7pm to 10pm
Location: Masjid UKM
Street: Jalan Utama
City/Town: Bangi, Selangor Darul Ehsan
Organized By: AJK Masjid UKM & Persatuan Keluarga Jamalullail Perak Malaysia

Event Description

Assalamualaikum,
Tuan/Puan adalah dijemput menghadiri Majlis Ceramah dan mengenal Ratib Al-Attas yang akan disampaikan oleh Penceramah Jemputan Habib Hassan bin Muhammad bin Salem Al-Attas (Imam Besar Masjid Ba'alawee S'pore)

http://assadah.ning.com

Posted at 01:51 pm by melayucyber

Tanya Jawab Akidah Ahlussunnah wal Jamaah

Tanya Jawab Akidah Ahlussunnah wal Jamaah PDF Print E-mail
Thursday, 08 October 2009 11:05

Buku yang berjudul asli Al-Ajwibah Al-Ghaliyah fi ‘Aqidah Al-Firqah An-Najiyah ini berisi jawaban atas amaliyah golongan Ahlusunnah wal Jama’ah yang selama ini dianggap oleh sebagian kelompok kecil umat Islam sebagai amalan yang menyimpang, meski amaliyah tersebut telah dilakukan oleh generasi Islam terdahulu, yaitu para sahabat, tabi’in, tabiut tabi’in, dan terus hingga masa kita sekarang ini. Setiap jawaban disertai dalil Al-Quran, sunnah, atsar sahabat, dan pendapat para imam ahli ijtihad.

Teknik penulisan tanya jawab menjadikan pembaca mudah menelusuri setiap permasalahan yang dikemukakan. Misalnya, mengenai kemungkinan melihat Rasulullah dalam keadaan sadar.

Sang penulis, yang dikenal dengan sapaan Habib Zain bin Smith, menjawab bahwa melihat Rasulullah dalam keadaan sadar itu mungkin dan dapat terjadi. Ada banyak ulama menjelaskan, banyak ahli ma’rifat melihat Rasulullah SAW dalam keadaan tidur (mimpi), kemudian mereka melihatnya dalam keadaan sadar dan terjaga, dan mereka dapat bertanya kepadanya hal-hal yang maslahat untuk mereka.

Dalilnya, “Sesungguhnya Nabi SAW bersabda, ‘Barang siapa melihatku dalam mimpi, ia akan melihatku dalam keadaan sadar, dan setan tidak dapat menjelma dengan rupaku’.” (HR Bukhari dan Muslim).

Menurut ulama Sunni yang kini tinggal di Madinah ini, para ulama menafsirkan, hadits ini adalah berita yang menyenangkan buat umatnya yang melihat Nabi dalam mimpi, ia akan melihatnya pada saat terjaga, sekalipun sekejap, menjelang meninggal dunia. Hadits ini tidak dapat ditafsirkan melihat Rasululah SAW di akhirat atau di barzakh, karena waktu itu semua umat pasti melihatnya.

Penulis: Al-Habib Zainal Abidin bin Ibrahin bin Smith Al-Alawi Al-Husaini
Penerbit: Khalista, Surabaya, dan Lajnah Ta’lif wan Nasyr NU Jawa Timur
Harga: Rp. 23.000,-

Posted at 10:25 am by melayucyber

Tuesday, October 27, 2009
Haul Imam al-Haddad di Kuching

Haul Imam al-Haddad di Kuching

Insya-Allah, pada 31 Oktober 2009 ini (hari Sabtu malam Ahad) akan diadakan peringatan Haul Imam Habib Abdullah bin Alawi bin Muhammad al-Haddad asy-Syafi`i al-Hadhrami di Masjid Wan Alwi, Tabuan Jaya. Di antara yang dijangka hadir adalah Habib Muhsin bin Hamid al-Haddad, naib munshib keluarga besar al-Haddad dari Hadhramaut. Semua dijemput hadir

http://pondokhabib.wordpress.com

Posted at 09:15 am by melayucyber

Monday, October 26, 2009
JADUAL MAJLIS BACAAN RATIB AL HADDAD, AL ATTAS & ASMAUL HUSNA(KUALA LUMPUR)

JADUAL MAJLIS BACAAN RATIB AL HADDAD, AL ATTAS & ASMAUL HUSNA(KUALA LUMPUR)
TARIKH ACARA  TEMPAT PIMPINAN
Khamis mlm Jumaat Minggu ke2 Ratib Al Attas & Asmaul Husna Masjid At Taqwa, Taman Tun Habib Hussein Al Attas
Jumaat mlm Sabtu Minggu ke 2 Ratib Al Attas & Asmaul Husna Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara Habib Hussein Al Attas
19/11/2009 Ratib Al Attas & Asmaul Husna Surau Al Syakirin Habib Ali Al Sagoff
Minggu ke 2 & ke 4 Ratib Al Attas Masjid Al Bukhary Habib Ali Al Sagoff
Setiap Selasa Ratib Al Haddad Masjid Baitulaman

http://pondokhabib.wordpress.com

Posted at 09:37 am by melayucyber

Tuesday, October 20, 2009
Majlis Ceramah – Tariqah Alawiyyah

Majlis Ceramah – Tariqah Alawiyyah
Dijemput ke majlis ceramah (tariqah alawiyyah) oleh Habib Hassan alattas (nazir masjid baalawi) dan Prof Farid alattas (universiti singapore) pada:

Tarikh : Ahad, 1 November 2009
Masa: 3 petang
Tempat: Wisma Sejarah (Depan IJN), Jln Tun Razak, KL.

Anjuran – Institut Salasilah Sadah

http://forum.asyraaf.net

Posted at 05:20 pm by melayucyber

Majlis Ceramah Tariqah Alawiyah

Majlis Ceramah – Tariqah Alawiyyah
Dijemput ke majlis ceramah (tariqah alawiyyah) oleh Habib Hassan alattas (nazir masjid baalawi) dan Prof Farid alattas (universiti singapore) pada:

Tarikh : Ahad, 1 November 2009
Masa: 3 petang
Tempat: Wisma Sejarah (Depan IJN), Jln Tun Razak, KL.

Anjuran – Institut Salasilah Sadah

http://forum.asyraaf.net

Posted at 05:19 pm by melayucyber

Thursday, October 15, 2009
Jadual lengkap Majlis Haul Imam Al Haddad Seluruh negara

Jadual lengkap Majlis Haul Imam Al Haddad Seluruh negara

Alhamdulillah kami rafa'kan kesyukuran atas anugerah dari Allah s.w.t. yang dengan izinNya telah sampai tahun yang kesepuluh majlis memperingati pemergian Imam Al-Haddad dilangsungkan di Malaysia ini. Tidak dapat disyakki lagi bahawa majlis-majlis seperti ini dihujani rahmat dan barakah kurnia Allah s.w.t.

Tambahlagi dengan tanda saling meningkat pengenalan serta pendekatan terhadap ilmu nukilan beliau dan amalan susunan beliau yang tidak gagal merafa'kan kedudukan dan iman si murid kepada pendekatan diri dengan Allah s.w.t.

Di sini disertakan jadual Haul Imam AlHaddad bagi tahun ini

Majaalis Haul Imam Al-Haddad 1430 Hijri
Tarikh Hari Bandar Tempat Masa
1 20-Oct Selasa Kota Baru, Kelantan Masjid Kota 18:00
2 20-Oct Selasa Jitra, Kedah Masjid Al-Muttaqin, Bandar Baru Darul Aman 18:30
3 21-Oct Rabu Kemaman, Terengganu Masjid Geliga Besar, Cukai 18:00
4 21-Oct Rabu Kangar, Perlis Surau Taman Jali 18:30
5 21-Oct Rabu Dengkil, Selangor Yayasan Al-Jenderami, Jenderam Hulu 18:30
6 22-Oct Khamis Maran, Pahang Masjid Syakirin, Maran 18:00
7 22-Oct Khamis Permatang Pauh, Penang Madrasah An-Nahdhah, Kubang Semang 18:30
8 23-Oct Jumaat USJ Subang Jaya Masjid Al-Falah, USJ 9 18:00
9 24-Oct Sabtu Kuala Lumpur Masjid Baitul Aman, Jalan Damai 17:30
10 25-Oct Ahad Kuala Lumpur Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah 18:00
11 26-Oct Isnin Muar, Johor Ribath Parit Perupok 18:30
12 27-Oct Selasa Sungai Udang, Melaka Baitul Qurra', Sg Udang 18:30
13 28-Oct Rabu Rembau, Negeri Sembilan Yayasan SOFA, Kota 18:30
14 29-Oct Khamis Labuan Masjid Layang Layangan 17:30
15 30-Oct Jumaat Miri, Sarawak Masjid An-Nur, Pujut Padang Kerbau 17:30
16 31-Oct Sabtu Kuching, Sarawak Masjid  Wan Alwi, Tabuan Jaya 17:30
Version 1.3 08Okt09

Majlis Haul Imam AlHaddad  bertujuan khusus mengenang peninggalan Imam Al-Haddad selaku seorang Qutub dan Mujaddid Islam abad kedua belas hijri. Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi bin Muhammad Al-Haddad terkenal sebagai seorang 'arifin yang memiliki ilmu yang luas lagi bermanfaat; bukan sahaja untuk insan yang hidup pada zaman beliau, bahkan untuk sesiapa sahaja tanpa batasan merentasi zaman atau umur. Beliau kehilangan daya penglihatan sejak berusia umur empat tahun namun memiliki kelebihan yang luar biasa yang telah digantikan oleh Allah s.w.t. dengan nur basirah serta kebolehan menyerap ilmu dan menyebarluaskannya.

Siri majlis-majlis seperti ini sekali lagi akan diperluaskan ke luar ibukota atas permintaan pihak masyarakat tempatan yang tidak berpeluang menikmati majlis-majlis ini di sekitar ibu Negara. Para ulama' jemputan dari dalam serta luar negara akan mensyarahkan berkenaan ilmu yang ditekankan oleh Imam Al-Haddad bertemakan adab dan akhlaq. Jadual majlis-majlis tersebut sedang diselaraskan dan akan dimaklumkan disini tidak lama lagi serta melalui iklan 'flyer', papan poster dan surat kepada pihak-pihak tertentu.

Tema ini dipilih atas terteranya kepetingannya untuk semua insan yang inginkan kemakmuran dunia dan akhirat. Banyak peringatan tentang adab dan akhlaq ini ditekankan oleh Allah s.w.t. dalam Al-Quran Al-Karim. DididikNya sendiri Rasul kesayanganNya dengan akhlaq yang seagongnya yang mana sebagai seorang Muslim yang beriman kepada Laa ilaaha illallah Muhammadan Rasulullah, wajib untuk mengenal akhlaq dan adab Rasul s.a.w. serta mencuba sedaya upaya mengikuti akhlaq dan adab yang sama. Akhlaq merupakan dasar utama dalam bermuamalat dengan diri sendiri, dengan Allah s.w.t., dengan keluarga, jiran, haiawan, rezeki, harta, waktu, ilmu, kerja dan lain-lain.

Akhlaq yang suci dan benar ialah memaparkan pendirian yang tetap dan konsisten walaupun semasa bersendirian jauh dari pandangan insan yang lain. Selengkap kitab dalam perkara ini nukilan Imam Al-Haddad ialah 'Dakwah yang Sempurna dan Peringatan yang Utama' terjemahan Allahyarham Syed Ahmad bin Semait yang mana diperincikan cara muamalat dengan diri sendiri, dengan keluarga, suami/isteri, jiran, pemimpin, orang bawahan dan sebagainya. Begitu juga dengan semua kitab2 nukilan Al-Imam Al-Haddad yang penuh diisikan dengan akhlaq dan adab. Didapati juga dalam kitab 'Tazkirah Al-Mustafa Li Awlaadil Mustafa wa rairihim mimman ijtabahullahu wastafa' karangan Allaryarham Al-Habib Abubakr Attas bin Abdullah Alhabshi yang mana dinisbahkan iringan ilmu dengan adab/akhlaq seperti garam dalam campuran tepung roti; bermakna betapa perlunya begitu banyak akhlaq dan adab terhadap walaupun secebis ilmu.

Tidak hidup atau meningkat atau dimanfaatkan ilmu sedikit itu tanpa disebatikan dengan akhlaq dan adab yang ditunjukkan oleh Rasul s.a.w. yang begitu sempurna. Satu dari sahabat kami di Hadramaut sedang mengumpulkan lebih 500 hadith Rasul s.a.w. hanya berkenaan makan dan minum sahaja; kebanyakan berkenaan akhlaq dan adab nabi kesayangan kita. Dengan menonjolkan tema ini pada tahun ini, pihak kami berharapkan taufiq dan hidayah dari Allah s.w.t. peningkatan akhlaq dan adab yang akan memanfaatkan diri serta bakal dibanggakan oleh Rasul s.a.w untuk sekalian masyarakat Malaysia ini. Amin.

Kepada Allah s.w.t. pihak kami berharapkan pencapaian matlamat memperkenalkan Imam Al-Haddad kepada masyarakat Malaysia dengan lebih dekat supaya lebih ramai lagi di kalangan kita bakal mendapat ni'mat dari apa yang dihadiahkan oleh beliau; seperti yang banyak dan sering diperdengar dari mereka yang berpengalaman dengan ilmu yang ditaburkannya dan usaha amalan yang disyorkan oleh beliau.

Diharap dengan adanya majlis-majlis Haul ini dan terkenalnya ilmu dalam buku-buku beliau, masyarakat Malaysia juga mendapat serpihan barakah kurniaan Allah s.w.t. serta meneruskan perjalanan hidup kami di alam ini dan alam seterusnya; kekal didalam perlindungan, maghfirah dan rahmat-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin.

http://pondokhabib.wordpress.com

Posted at 09:05 am by melayucyber

Friday, October 09, 2009
Bacaan Ratib Al-Attas & Asmaul Husna dipimpin oleh Habib Hussein Al-Attas, imam masjid Wadi Hana, Johor Baru. Masjid Al-Mukarammah, Bandar Sri Damansara,

Bacaan Ratib Al-Attas & Asmaul Husna dipimpin oleh Habib Hussein Al-Attas, imam masjid Wadi Hana, Johor Baru. Masjid Al-Mukarammah, Bandar Sri Damansara, Jumaat 9hb. Oktober 2009 selepas solat Maghrib Muslimin & muslimat dijemput hadir terutama yang mempunyai hajat khas.Sama-samalah kita berdoa dan menjayakan majlis ini.

http://pondokhabib.wordpress.com

Posted at 03:06 pm by melayucyber

Wednesday, October 07, 2009
Majlis Haul Prof. Dr. Sayyid Muhammad Ibn 'Alwi Al-Maliki Al-Hasani

Majlis Haul Prof. Dr. Sayyid Muhammad Ibn 'Alwi Al-Maliki Al-Hasani

ATURCARA MAJLIS :

4.10 PETANG – SHOLAT ASAR

- CERAMAH OLEH DATO’ SYED OMAR BIN SYED ABDUL KADIR AL-AIDARUS
– PERSEMBAHAN QASIDAH
– CERAMAH OLEH HABIB HASSAN MUHAMMAD SALIM AL-ATTAS (SINGAPURA)
– BACAAN MAULID DI’BAIE
– REHAT

7.08 PETANG – SHOLAT MAGHRIB

– BACAAN AL-QURAN
– CERAMAH OLEH SAYYID AHMAD IBN MUHAMMAD IBN ALAWI AL-MALIKI
– RUMUSAN OLEH SHEIKH MUHAMMAD FUAD IBN KAMALUDIN AL-MALIKI
– SHOLAT ISYA’
– JAMUAN/BERSURAI

(Aturcara majlis adalah tertakluk kepada perubahan di saat akhir ~ harap maklum)
http://pondokhabib.wordpress.com

Posted at 11:31 am by melayucyber

Next Page