|
|
 |
Thursday, August 14, 2008
MAJLIS SAMBUTAN NISFU SYA’BAN & ISU2 AQIDAH
Posted at 04:25 pm by melayucyber
Permalink
Majlis Sambutan Nisfu Syaaban -Yayasan Al-Jenderami, Jenderam hilir Dengkil, Selangor, 16 Ogos 2008
|
Sabtu 16 Ogos 2008: Satu seminar Kekeluargaan Islam akan diadakan sempena Majlis Sambutan Nisfu Syaaban dan Hari Memperingati Ummul Mukminin Sayyidatina Khadijah Al-Kubro. Anjuran YAJ dan Kementerian Wanita , Keluarga & Masyarakat bersama Pejabat Agama Islam Sepang (PAID).
Semua dijemput hadir. Sijil Penyertaan dan Makan disediakan. Sila muat turun surat jemputan dan slip kehadiran. Tentatif program boleh didapati disini.
Muat turun poster program. |
| |
2 |


|
Posted at 11:36 am by melayucyber
Permalink
MAJLIS SAMBUTAN NISFU SYA’BAN YAYSAN SOFA N.SEMBILAN
MAJLIS SAMBUTAN NISFU SYA’BAN
Assalamu alaikum wr. wb….
Tuan / Puan yang dimuliakan,
Nisfu ertinya setengah atau seperdua dan Sya’ban adalah bulan kelapan dalam perhitungan tahun Hijriyah. Kata Sya’ban berasal dari kata syi’ab (jalan di atas gunung). Dikatakan Sya’ban karena pada bulan itu ditemui berbagai jalan untuk mencapai kebaikan.
Malam Nisfu Sya’ban dimuliakan karena pada malam itu, dua malaikat yakni Raqib dan Atid, yang mencatat amal perbuatan manusia sehari-hari, menyerahkan catatan-catatan amal tersebut kepada Allah SWT. Pada malam itu pula catatan-catatan itu ditukar dengan yang baru. Hal itu sesuai dengan sabda Rasulullah SAW, “ Bulan Sya’ban itu bulan yang biasa dilupakan orang, karena ia lterletak di antara bulan Rajab dan bulan Ramadhan. Ia adalah bulan yang diangkatkan Tuhan segala amalan. Saya mahu diangkatkan amalan saya ketika sedang berpuasa.” ( Riw. An-Nasa’i dari Usamah, sahabat Nabi SAW).
Di samping itu, pada malam Nisfu Sya’ban turun beberapa kebaikan dari Allah SWT untuk hamba-hamba-Nya yang berbuat baik pada malam tersebut. Kebaikan-kebaikan itu berupa syafaat (pertolongan), maghfirah (ampunan), pembebasan dari azab dan sebagainya. Dengan demikian, malam Nisfu Sya’ban antara lain dinamakan juga malam syafaat, malam maghfirah dan malam pembebasan.
Sehubungan dengan malam Nisfu Sya’ban yang dinamakan juga malam syafaat, Al-Ghazali mengatakan, “Pada malam ke-13 Sya’ban, Allah SWT memberikan kepada hamba-hamba-Nya sepertiga syafaat, pada malam ke-14 diberikan-Nya pula dua pertiga syafaat dan pada malam ke-15 diberikan-Nya syafaat itu penuh. Hanya yang tidak memperoleh syafaat itu ialah orang-orang yang sengaja hendak lari dari pada-Nya sambil berbuat keburukan seperti unta yang lari.”
Malam itu juga disebut malam maghfirah karena pada malam itu Allah SWT menurunkan ampunan-Nya kepada segenap penduduk bumi. Di dalam hadis Rasulullah SAW dijelaskan, “Tatkala datang malam Nisfu Sya’ban, Allah memberikan ampunan-Nya kepada penghuni bumi, kecuali bagi orang yang syirik dan berpaling pada-Nya.” (Riw Ahmad)
Selain itu malam Nisfu Sya’ban disebut malam pembebasan karena pada malam itu Allah SWT membebaskan manusia dari siksa neraka. Sabda Nabi SAW di dalam hadis yang diriwayatkan Ibn Ishak dari Anas bin Malik, “ Wahai Humaira (Asiyah RA) apa yang engkau perbuat pada malam ini? Malam ini adalah malam Nisfu Sya’ban, di mana Allah memberikan kebebasan dari neraka laksana banyaknya bulu kambing Bani Kalb, kecuali (yang tidak dibebaskan) enam, yaitu; orang yang tidak berhenti minum khamr, orang yang mencerca kedua orangtuanya, orang yang membangun tempat zina, orang yang suka menaikkan harga (secara aniaya), petugas cukai (yang tidak jujur), dan tukang fitnah.” Dalam riwayat lain disebutkan tukang pembuat patung atau gambar sebagai ganti petugas cukai.
Tuan / Puan yang dirahmati sekelian,
Pada malam itu juga dijangkakan akan berlakunya gerhana bulan, sepertimana yang dinyatakan pada www.angkasa.gov.my/planetarium pada subuh 17 Ogos berkenaan, dijangka boleh dilihat sekitar antara 2.25 pagi hingga 6.29 pagi.
“ Sesungguhnya matahari dan bulan tidak akan mengalami gerhana
kerana kematian seseorang. Justeru, sekiranya kamu melihat keduanya ( gerhana matahari dan bulan ), maka dirikanlah solat dan berdoalah
sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi. ”
Sehubungan dengan dua peristiwa besar ini, maka Yayasan Sofa akan mengadakan Majlis bagi menyambut dan menyaksikan fenomena ini, sepertimana ketetapan berikut :
TEMPAT : Madrasah al Hasaniah, Kompleks Yayasan Sofa, Kota, Negeri Sembilan.
TARIKH : 17 Ogos 2008 M / 15 Sya’ban 1429 H ( Subuh Ahad )
WAKTU : 03.00 Pagi – 07.30 Pagi
Tentatif Program :
|
Waktu |
Program |
|
2.45 Pagi |
Para jemputan berkumpul di dalam Madrasah |
|
3.00 Pagi |
Taklimat ringkas Gerhana Bulan 2008 Miladiah |
|
3.10 Pagi |
Bacaan Yasin Pimpinan: Ustaz Abdul Latif |
|
3.40 Pagi |
Melihat Fenomena Gerhana Bulan
Solat Gerhana Berjemaah Pimpinan: Ustaz Md. Farid Samad Pengurus Masjid Sultan Haji Ahmad Shah (UIAM)
Khutbah Gerhana Bulan Oleh: Al Fadhil Ustz Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki Penasihat YSNS |
|
5.00 Pagi |
Bersahur |
|
5.52 Pagi |
Azan Subuh
Solat Subuh Berjemaah Pimpinan: Ustaz Md. Farid Samad Pengurus Masjid UIAM
Kuliah Subuh Oleh: Al Fadhil Ustaz Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki Penasihat YSNS
|
|
7.30 Pagi |
Bersurai |
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
En. Norizam Hashim : 013 380 7785 Cik Ummi Nathrah Nor Azmi : 019 655 4409 YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN @ 06 445 0419
KM 35 Jalan Seremban Tampin 71350 Kota, N. Sembilan Emel: yayasansofa@gmail.com Website: www.yayasansofa.com MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT
Posted at 11:28 am by melayucyber
Permalink
Friday, August 08, 2008
CERAMAH ISRA' WAL MI'RAJ DARI KACAMATA AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH
(MENGUPAS ISU-ISU PENTING BERKAITAN AKIDAH
DI DALAM PERISTIWA ISRA' WAL MI'RAJ
...........
Penceramah Undangan :
SYEIKH AHMAD FAIDZUR RAHIM MOHD AL-HAJJ ALAWI
................
Tarikh :
9 OGOS 2008 (SABTU)
.....................
Masa :
SELEPAS SOLAT MAGHRIB
...............................
Tempat :
DEWAN SOLATMASJID JAMIK BESERAH,
KUANTAN, PAHANG
بسم الله الرحمن الرحيم الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد
AL-AHKAM.NET SUMBER AJARAN MUJASSIMAH DAN WAHHABIYAH
AL-AHKAM.NET merupakan Laman web yang suka memfitnah dan mentohmah ulamak-ulamak Islam. Jenama 'tajdid' yang diwarwarkan oleh AL-AHKAM.NET adalah suatu usaha untuk mengorak langkah ke arah memperbaharui Syariat Islam yang sedia ada dan digantikan dengan ajaran agama baru yang dibawa oleh Muhammad Abdul Wahhab yang berteraskan akidah mujassimah Ibn Taymiyah al-Harrany, Karramiyah,dan Hasywiyyah. al-Ahkam.net dengan kata lainnya sebagai agen menyebarkan perpecahan dalam umat Islam dan mereka adalah satu persatuan yang berorganisasikan Protaz tiruan yang tidak mempunyai teras agama lantas berperanan menyebarkan fahaman mujassimah dan mushabbihah kepada masayarakat Islam. Sejajar dengan cita-cita golongan Yahudi , AL-AHKAM.NET mampu untuk memeningkan masyarakat dan mengelirukan akidah sebenar umat Islam.
SUMBER AGAMA DAN RUJUKAN AHKAM.NET IALAH IBN TAYMIYYAH DAN MUHAMMAD ABD WAHHAB BUKAN NABI MUHAMMAD
AL-AHKAM.NET menggelarkan Ibn Taymiyah al-Harrany Al-Mujassim adalah mujaddid ; "Sebenarnya, sebelum kemunculan atau kedatangan Muhammad bin Abdul Wahab, Islam sudah melalui era reformasinya sejak sekitar kurun ke-6 Hijrah lagi dengan kelahiran atau kemunculan seorang tokoh mujadid Islam yang paling terkenal iaitu ``Ibnu Taimiyyah'' dan kemudiannya telah disambung oleh anak muridnya bernama ``Ibnu Qayyim'' Al-Jauziyah. ". Lihat...
AL-AHKAM.NET menggelarkan Muhammad Abdul Wahhab SEBAGAI mujaddid ; "Muhammad Abdul Wahab merupakan seorang ``mujadid'' Islam.Beliau merupakan seorang tokoh agama yang telah menimbulkan kontroversiyang sungguh hebat pada zamannya." Lihat...

AKIDAH SONGSANG DISANGKAKAN TAJDID
Lihatlah mereka dengan jelas menggatakan Allah bersifat duduk bersemayam di atas arasy ;

Ahkam.net : " Berdasarkan dalil-dalil di atas jelas kepada kita bahawa Allah swt berada di atas langit" ; lihat...

cukuplah untuk menolak akidah mujassimah yang di bawa oleh AKHAM.NET, kata-kata Imam Thohawiy As-Salafi ;
"Barang siapa mensifatkan Allah dengan satu (sahaja) makna/sifat daripada sifat-sifat makhluk, maka mereka telah keluar daripada Islam ".
Di samping itu mereka menghalang Umat Islam mengadakan sambutan Maulidurrasul ;
Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)
http://abulehyah.blogspot.com/
Posted at 04:21 pm by melayucyber
Permalink
Wednesday, August 06, 2008
Posted at 09:39 am by melayucyber
Permalink
Tuesday, August 05, 2008
Menurut apa yang saya kaji selama ini:
wahabi adalah gelaran yang diberikan kepada mereka yang mengikut faham Muhammad bin Abdul Wahab - (ceritanya amat panjang dan ada mempunyai pro dan kontra yang akhirnya - bagi saya, sejarah beliau ini amat kabur).
Pandangan yang pro dan kontra dengan wahhabi
Jika yang pro - ada yang menyatakan sampai ke peringkat mujaddid kerana beliau ini membersihkan dan memurnikan tauhid dari khurafat dan bid'ah.
Manakala yang kontra dengan beliau ini - sehinggakan ada di dalam kitab yang beliau tulis sendiri yang bermasalah dari sudut akidahnya, serta banyak diradd oleh ulamak silam yang lain.Serta sejarahnya boleh dikaitkan dengan usahasama dengan britain untuk menyebarkan fahamnya dengan bani saud. Sisi gelap wahabi banyak juga dilihat melalui pengusiran keluarga rasuluLlah, antara yang pernah diusir prof dr syed muhammad alawi maliki alhasani. Yang ini jika dilakukan pembongkaran ceritanya - sadis juga.
Pengalaman Semasa Belajar Usuluddin Mengenai Wahabi
Dahulu - apa yang diajar oleh ustaz saya (lepasan usuluddin di al azhar). Wahabi pernah menjatuhkan hukum minum kopi pun sudah menjadi haram, dan kini nampaknya fatwa tersebut samada berkumandang lagi atau tidak, entahla..
Wahabi di Arab Saudi - antara usaha mereka adalah ingin memindahkan kubur Nabi Muhammad dari Masjid an Nabawi - ini mendapat tentangan dari umat Islam dan ulamak dan akhirnya mereka tidak jadi berbuat demikian. Mereka juga memusnahkan beberapa tempat peninggalan sejarah Islam atas alasan boleh membawa syirik dan sebagainya (sedangkan ia boleh sahaja diselesaikan dengan cara yang lebih baik tanpa perlu memusnahkan kesan sejarah yang amat berharga tersebut).
Wahabi kini - antara ciri-cirinya; adalah amat mudah menghukum kepada umat Islam serta khilaf (perbezaan pendapat) para ulamak, serta mentahzir ulamar dengan gelaran sesat, terkeluar dari i'tiqad ahlu sunnah wal jama'ah.
Contoh yang boleh dilihat mereka mengatakan perbuatan di bawah adalah sesat sedangkan semuanya ada hujjah dari al Quran dan hadith:
1. Amalan maulid rosul
2. Doa qunut
3. Doa secara jahr
4. Berzikir beramai-ramai
5. Pengajian sifat 20
6. Talqin dan tahlil
7. Bersalaman selepas solat
8. Menyapu muka selepas solat
9. Ucapan Sayyidina kepada Nabi Muhammad
10. Bersedekah bacaan Al Quran kepada jenazah
11. Dan banyak lagi..
Hukuman yang senang bermain di bibir mereka adalah bid'ah sesat tanpa menyelidik terlebih dahulu.
Ramai Ulamak yang membantah dan mengkritik fahaman wahabi ini serta satu tindakan telah diambil bagi mengekang penyebaran fahaman yang merbahaya ini seperti di Johor, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan :
Antaranya ulama yang menentang contohnya :
1. Mufti Johor – Datuk Noh Gadut 2. Kiyai Sirajuddin Abbas 3. Al-Marhum Tuan Guru Hj Abdullah 4. Said Ramadhan al Buthi 5. Tuan Guru Pok cik Din al-Kelantany 6. Al Marhum Tuan Guru Ustaz Amer alKelantany 7. Allah Yarham Al’Allamah Dato’ Sayyid ‘Alawiy Bin Thahir – Bekas Mufti Johor 8. Bekas Mufti Sabah Said Hj Ibrahim 9. Syiekh Muhammad Ali Khathib Minangkabau, 10. Sheikh Nuruddin al Banjari 11. Muhaddithin Siddiq al Ghumary 12. Dr Abdul Malik Rahman As Sa’adi 13. Sheikh Ahmad bin Syed Zaini Dahlan – Mufti Makkah – tetapi dibenci oleh wahabi kerana beliau menerangkan tentag bahaya fahaman wahabi ini. 14. Asy-Syiekh al Muhaddits Abdullah al Ghammari al Maghribi 15. Ramai lagi ulamak yang menentang wahabi ini kerana fahamannya yang mudah menyesatkan umat Islam yang lain. Dan jika disenaraikan ada lebih 100 ulamak terdahulu.
Bahaya mereka (golongan Wahabi) yang paling ketara adalah dengan menghukumkan jemaah Islam yang lain sebagai sesat seperti yang dihukum kepada ikhwanul muslimin dan tabligh, bahkan kepada sufi dan tarekat ada yang mengatakan ia adalah sesat secara total.
Manakala ulamak muktabar yang dihukum oleh mereka terkeluar dari aqidah ahlu sunnah wal jama’ah ialah Imam Izzuddin bin Abdissalam, Imam Ibnu Hajar al Asqolani, Imam An Nawawi. Sehinggakan penulis buku Aidh al Qarny serta Prof Dr Yusof al Qardhawy juga telah dihukum sesat.
Mereka juga ingin membawa kepada umat Islam agar tidak perlu mengikut mazhab, ambil sahaja pendapat yang sahih dan kuat. Malangnya – dari fikrah begini hanya menjadikan orang awam menjadi semakin bercelaru, tiada disiplin ilmu yang diterapkan. Ada yang kata buang sahaja hadith lain dan ambil sahaja al Quran dan Hadith sahih , sedangkan ulamak mujtahid sendiri ada yang mengambil hadith dhoief sebagai hujjah selain dari qiyas.
Atas perbincangan ilmiyah ini maka saya bawakan juga perkataan dari Dr Said Ramadhan al Buthi juga ULAMAK BESAR DUNIA mengenai wahabi :
وأنا مضطر أن أضعكم في هذا الموقف أمام بعض الأسماء والوثائق:
من قرأ كتاب أعمدة الحكمة السبعة للورانس، يعلم جليَّ ما أقول، ويقف على كثير من الوثائق. بريطانيا هي التي خططت قبل غيرها للعمل على تفتيت المسلمين، وسخرت لذلك ثلاثة أسافين.
الإسفين الأول القاديانية: وهو إسفين غرسته بريطانيا في الهند وما حولها.
الإسفين الثاني البابية والبهائية: وقد غرسته بريطانيا في مصر وفي جهات من جنوب شرقي آسيا.
الإسفين الثالث الوهابية: وإنما غرسته بريطانيا في الجزيرة العربية عودوا إلى المصدر الذي ذكرته لكم، لتقفوا على الاعتراف الصريح والصارخ بهذا الأم
” Tiga agen Britain perosak kesatuan umat Islam iaitu Pertamanya Puak Al-Qadyaniyyah yang di hanyar oleh kafir barat ke negara India dan sekelilingnya, Keduanya Puak Al-Babiyah Wal Al-Bahaiyyah dihantar untuk merosakkan kesatuan umat Islam di Mesir dan timur asia, dan yang Ketiganya Puak AL-WAHHABIYAH dihantar oleh kafir Barat (Britain) ke negara-negara Arab yang menyerang pemerintahan Islam di zaman khilafah Uthmaniyyah “. Rujuk kenyatan Dr.Bouty tersebut di :
juga disertakan di link ini :
Lupa pula untuk bertanya, ulamak besar dunia bagi anda siapa? Saya boleh berikan senarai nama ULAMAK BESAR DUNIA yang tidak dikenali di Malaysia (kerana kurangnya pendedahan mengenai mereka) menentang wahabi. Saya boleh masukkan sekali sheikh attiyah saqqar mufti mesir, Dr Ali Jum'ah yang menentang fahaman wahabi ini.
Saranan anda :
Saya ingin bertanya - dr wahbah zuhaili mengatakan mereka sesat dari segi apa? Aqidah mereka? Feqh mereka? Boleh jelaskan?
Mengenai hujjah secara umum :
Secara umum, tidak ada yang salah dengan fahaman Wahabi kecuali namanya. Memang, ada segelintir orang yang mengikuti fahaman ini dengan semangat yang mendahului ilmu dan kematangan sehingga mereka berlebih-lebihan dalam mengkritik dan mencela. Namun tindakan segelintir tidak boleh dijadikan hujah untuk menghitamkan keseluruhan fahaman ini dan majoriti yang mengikutinya berdasarkan ilmu dan kematangan.
Maka saya menjawab - secara umumnya, mereka yang terlibat dengan fahaman ini amat gemar menggunakan perkataan bid'ah, sesat kepada umat Islam darihal perkara ranting. Berdasarkan ilmu dan kematangan yang bagaimanakah yang anda maksudkan sehingga hilangnya adab mereka sesama ulamak? Ilmu dan kematangan bagaimanakah yang anda maksudkan sehingga bermudah menghukum sesat dan bid'ah?
Anda lihat sendiri (termasuk diri anda yang menghukum tarekat sufi yang menggerakkan badan mereka semasa berzikir adalah sesat), sedangkan ada hujjah yang memberi keharusan tersebut. Itukah kematangan yang anda maksudkan ?
Pertama adalah mereka yang memiliki sikap yang positif dimana dengan sikap tersebut mereka berusaha untuk mempertingkatkan mutu kuliah yang disampaikan, selari dengan kehendak para hadirin. Kedua adalah mereka yang memiliki sikap yang negatif dimana mereka enggan mempertingkatkan mutu kuliah yang disampaikan. Pada waktu yang sama mereka tidak boleh berdiam diri kerana semua ini melibatkan sumber pendapatan mereka. Dengan berkurangnya jemputan, berkuranglah juga pendapatan. Maka mereka perlu mencari helah untuk menjanakan kembali sumber pendapatan dengan berkata: "Berhati-hatilah dengan kuliah orang-orang Wahabi, mereka itu ditaja oleh pihak Barat…
Sila jelaskan tuduhan seperti ini yang anda buat kepada penceramah dengan hanya untuk membela wahabi ? Siapakah mereka itu sehingga mengatakan "Pada waktu yang sama mereka tidak boleh berdiam diri kerana semua ini melibatkan sumber pendapatan mereka. Dengan berkurangnya jemputan, berkuranglah juga pendapatan."
Anda melibatkan dr Yusof al Qardhawy di dalam hal ini untuk menyokong hujjah anda. Ya Dr Yusof al Qardhawy memberikan hujjahnya sebagai ilmuwan yang bersikap sederhana dan dalam masa yang sama beliau juga mengkritik sikap mereka yang suka menghukum bid'ah secara berleluasa. Bahkan yang mempersoalkan mereka yang kononnya mengajak orang tidak bertaqlid sedangkan mereka sendiri taqlid. Silalah rujuk pada kitab yang sama. Fiqh Awlawiyyat tersebut.
Fahaman ini benar-benar mendapat sambutan daripada umat Islam sehingga kuliah-kuliah pimpinan tokohnya dibanjiri oleh hadirin daripada pelbagai latarbelakang. Suasana ini bertolak belakang dengan kuliah-kuliah pimpinan para agamawan yang semakin lengang sehingga akhirnya ia dibatalkan oleh pihak penganjur.
Pernyataan di atas ini sebenarnya sangkaan atau sudah dibuat penyelidikan yang ilmiyah? Benarkah mendapat sambutan? Sedangkan seminar mengenai bahaya wahabi ini semakin banyak dibuat, bahkan dilakukan oleh mufti, begitu juga dengan guru pondok. serta ulamak yang terkenal. Mengapa ya ada pula penentangan kepada wahabi ini jika benarlah ia ilmiyah, matang, mendapat sambutan?
Mengapa yang menentangnya juga adalah dari kalangan ulamak, mufti yang berwibawa? Takkanlah mereka juga sebagaimana yang anda tuduhkan supaya sumber pendapatan tidak terjejas? ALLahu ALLah..
Kepada mereka yang menakut-nakutkan orang ramai daripada fahaman Wahabi, ketahuilah bahawa anda sebenarnya menghalang orang ramai daripada jalan Allah dan menjadikan jalan tersebut seolah-olah bengkok lagi sesat.
Anda sudah menyatakan bahawa ada segelintir dengan semangat yang mendahului ilmu dan kematangan. Sedangkan yang segelintir itulah yang mempengaruhi orang lain sehingga bukan menjadi segelintir sekarang. Tetapi majoritinya mudah mengatakan sesat dan bid'ah kepada sesama umat Islam. Gejala ini anda tidak boleh menafikannya di UIA, UTM, bahkan mungkin di tempat anda sendiri. Paling mudah - lihat sahaja yang masuk di ILuvIslam yang tiba-tiba mengatakan sesat, tidak ikut sunnah. Ini belum lagi jika dibuka pada forum lain contohnya Jiwang.net, Bincang.net, Ukhuwah.com. Belum lagi pada Tranungkite.net, Raudhah.net dan terlalu banyak..
Segelintirkah yang anda katakan untuk menunjukkan sedikit yang terlibat - sedangkan sahabat saya yang pergi ke masjidil haram, ada seorang sheikh di situ memberi kuliah dan didengari oleh ramai orang. Lidahnya tidak sehabisnya bercakap tentang bid'ah dalam bahasa melayu. Segelintirkah yang anda sebutkan - semasa seminar tasawuf dalam penilaian syariat yang terdiri dari panel mufti perlis Dr Asri Zainal Abidin dan seorang panel lagi. Apabila dihukum sahaja tasawuf adalah sesat maka bersorak sorailah dewan tersebut. Sedangkan pada masa itu ada ahli sufi yang berada di dalam dewan tersebut.
Ilmu dan matang? Benarkah? Akhlaq letak di mana
Sekadar mencelah..
Bila terbaca pandangan dari kedua2 pihak, tertanya2 (tasaul) dalam diri ana. kenapa bila Dr Wahbah az-Zuhaili kata ahbasy sesat kita boleh terima, tetapi bila Dr Sa'id Ramdhan al-Bouti kata wahabi sesat kita tak leh terima?? Bukan al-Bouti sahaja tetapi ramai lagi dr tokoh ulama' dunia spt Dr 'Ali Juma'ah, Habib Ali. Habib Umar Bin Hafidz, Syeikh Muhaddis Muhammad Ibrahim al-Kattani (semuanya masih ada) menolak ideologi wahabi (boleh lihat kat youtube dan karangan mereka)
Kedua. Dr yusuf al-Qardawi ada mengeluarkan fatwa maulid dengan mengatakan sambutan maulid perkara yg hasanat (baik). boleh lihat di sini http://www.youtube.com/watch?v=rrG2PgpiO4U Dan ana melihat golongan wahabi yg selalu berhujjah dgn beliau (al-Qardawi) tidak berhujjah dgn pendapat ini.
Apakah wahabi hanya menerima ulama' dan pendapat mereka bila bertepatan dgn ideologi mereka sahaja? Jika tidak, maka dengan sewenang2nya mereka akan menolak dan mengkritik dan menuduh sbg syiah la (tuduhan kpd Ibnu Ishak), tak reti hadis la (tuduhan kpd Imam Syafie), tak amanah (tuduhan kpd Ibnu Batutah) Maka tidak salah ana katakan soalan yg ditujukan kpd Dr Wahbah az-Zuhaili utk menyokong ideologi mereka. Bayangkan jika Dr Wahbah mengatakan TIDAK SESAT. agak2 mereka nak tunjuk tak video tu? mereka tidak akan terima. kerana mereka menggunakan ulama' utk menyokong hujjah mereka dan menolak mana2 ulama' yg tidak sekepala dan sebulu dgn pendapat mereka.. Cuba fikir sejenak jika ada benarnya kata2 ana.. Kalau salah tlg bgtahu..
Soal nama tidak timbul. Kita bukan melihat wahabi sbg Muhammad Ibnu Abd Wahhab tetapi kita melihat kepada pegangan dan manhaj beliau.. Jika wahabi yg ada skrg sama manhaj dgn Muhammad Bin Abd Wahhab, maka kita katakan sbg wahabiyyah..
Ana melihat kedua2 firqah (puak) ini (Wahabi dan Ahbasy) mempunyai satu persamaan iaitu suka menghukum. Ahbasy menghukum kafir kepada wahabi. Dan ana melihat secara peribadi, wahabi jugak suka menghukum kafir kepada ulama' (menghukum ibnu hajar al-Asqalani) dan menghukumkan bida'ah kepada majoriti umat Islam. Kita panggil golongan mubtadi' (org yg buat bida'ah) Hukum ini digunakan dalam istilah ilmu usuluddin utk mennghukumkan golongan seperti mujassimah. mu'tazilah dan lain2..
Mubatdi' ni bawah sikit pada kafir.. Ulama' yg lebih berhati2 menghukum firqah2 Islam yg lain dr ahli sunnah wal jama'ah sebagai golongan mubtadi' dan ada yg mengkufurkan. ini tidak salah berdasarkan prinsip ilmu aqidah.. jika kita mengkaji dan mempelajari kitab aqidah (kebetulan ana takhassus bidang aqidah wa falsafah) kita akan dapati menghukumkan KAFIR kepada fahaman dan ideologi2 yg bercanggahan dengan aqidah yg tulen adalah suatu perkara yang biasa sbb itu prinsip ilmu aqidah itu sndiri. Aqidah bukan melibatkan soal haram atau halal tapi soal iman atau Kufur..
Seperti cth : Ulama' menghukumkan golongan mentajsimkan Allah dan menyerupakan Allah dgn makhluk sbg kafir, ulama' menghukum mereka yg meninggalkan solat dan mengatakan solat tidak wajib sbg kufur dan byk lagi.
Harus difahami.. di dalam prinsip ilmu feqah, hukum yg digunakan utk menghukum sesuatu perkara ialah dgn menggunakan hukum takhlifi iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. dan menggunakan jugak hukum wad'ie iaitu syarat, sah, batal, fasad dan mani'.
Adapun di dalam aqidah hukum yg digunakan utk menghukum perkara2 yg bercanggah dengan aqidah islamiyyah iaitu waimma Islam atau kafir atau mubtadi'.
Maka tidak salah ulama' menghukumkan kafir kepada sesuatu pegangan dan aqidah yg benar2 salah dgn manhaj ahli sunnah waljama'ah..
Dan kita mesti tahu. Ulama' bukan menghukum individu itu tetapi menghukum Kalamnya. Soal dia mukmin atau kafir kita serahkan pada Allah dan kita berhukum berdasarkan apa yg zahir. Sebagai cth jika ada org yg mengatakan Allah bertangan, berkaki, ada muka, maka kita katakan ini i'tiqad yg boleh membawa kpd kekufuran.. Hukum itu berdasarkan kalam dia. Bukan menghukum batang tubuh individu itu sendiri. Sabda Nabi SAW : Nahnu nahkum bizzawahir wallahu yatawalla bissaraair. Mafhumnya ; Kami menghukum apa yg zahir dan ALLAH menghukumkan apa yg ada di dalam batin dan hatinya..
Nasihat ana, jauhkan kedua2 firqah ini ahbasyh dan wahabi. Kita ambil jalan terbaik. kembali kepada ulama' dan dasar ahli sunnah yg sebenar yg ada dlm kitab pelopornya Imam Abu Hassan al-Asyaari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi dan ulama'2 mereka spt al-Ghazali, Imam Haramaini dan ramai lg..
Wallahu A'laam..
p/s : yg baik jadikan pengajaran yg buruk jadikan sempadan.. Harap ditegur jika ada kesilapan..
http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=114&thread_id=3157&rowstart=0
Posted at 06:14 pm by melayucyber
Permalink
Allah wujud Tanpa Bertempat
|
|
|
|
الرقـم المسلسلالموضوعدرها/12/؛ حيث إن هناك بعض من يتهجم على عقيدة الأزهر شيء لكان مُحْدَثًا " ا هـ . وقيل ليحيى بن معاذ الرازي : أَخْبِرْنا عن الله عز وجل ، فقال : إله واحد ، فقيل له : كيف هو ؟ قال : ملك قادر ، فقيل له : أين هو ؟ فقال : بالمرصاد ، فقال السائل : لم أسألك عن هذا ؟ فقال : ما كان غير هذا كان صفة المخلوق ، فأما صفته فما أخبرت عنه . وسُئِل ذو النون المصري رضي الله عنه عن قوله تعالى { الرَّحْمَنُ عَلَى العَرْشِ اسْتَوَى } ، فقـال : " أثبت ذاته ونفى مكانه ؛ فهو موجود بذاته والأشياء بحكمته كما شاء " ا هـ . وأما ما ورد في الكتاب والسنة من النصوص الدالة على علو الله عز وجل على خلقه فالمراد بها علو المكانة والشرف والهيمنة والقهر ؛ لأنه تعالى منـزه عن مشابهة المخلوقين ، وليست صفاته كصفاتهم ، وليس في صفة الخالق سبحانه ما يتعلق بصفة المخلوق من النقص ، بل له جل وعلا من الصفات كمالُها ومن الأسماء حُسْنَاها ، وكل ما خطر ببالك فالله تعالى خلاف ذلك ، والعجز عن درك الإدراكِ إدراكُ ، والبحث في كنه ذات الرب إشراكُ . وعقيدة الأزهر الشريف هي العقيدة الأشعرية وهي عقيدة أهل السنة والجماعة ، والسادة الأشاعرة رضي الله تعالى عنهم وأرضاهم هم جمهور العلماء من الأمة ، وهم الذين صَدُّوا الشبهات أمام المَلاَحِدَةِ وغيرهم ، وهم الذين التزموا بكتاب الله وسنة سيدنا رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم عبر التاريخ ، ومَنْ كفّرهم أو فسّقهم يُخْشَى عليه في دينه ، قال الحافظ ابن عساكر رحمه الله في كتابه " تبيين كذب المفتري ، فيما نسب إلى الإمام أبي الحسن الأشعري " : " اعلم وفقني الله وإياك لمرضاته ، وجعلنا ممن يتقيه حق تقاته ، أن لحوم العلماء مسمومة ، وعادة الله في هتك أستار منتقصيهم معلومة ، وأن من أطلق عليهم لسانه بالثلب ، ابتلاه الله قبل موته بموت القلب " ا هـ . والأزهر الشريف هو منارة العلم والدين عبر التاريخ الإسلامي ، وقد كوَّن هذا الصرحُ الشامخُ أعظم حوزة علمية عرفتها الأمة بعد القرون الأولى المُفَضَّلة ، وحفظ الله تعالى به دينه ضد كل معاند ومشكك ؛ فالخائض في عقيدته على خطر عظيم ، ويُخْشَى أن يكون من الخوارج والمرجفين الذي قال الله تعالى فيهم : { لَئِن لَّمْ يَنتَهِ المُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ وَالْمُرْجِفُونَ فِى المَدِينَةِ لَنُغْرِيَنَّكَ بِهِمْ ثُمَّ لاَ يُجَاوِرُونَكَ فِيهَا إِلا قَلِيلًا } (الأحزاب 60). والله سبحانه وتعالى أعلم
TERJEMAHANNYA :
Kami telah merujuk tuntutan fatwa yang disenaraikan bernombor 2514 tahun 2005M terdapat dalamnya:
Soalan: Saya pelajar di Kuliah As-Syari’ah, saya telah mempelajari dan belajar perihal ilmu aqidah bahawa : Allah itu wujud tanpa bertempat dan Allah tidak dilingkungi (berada) di arah (penjuru), maka saya minta kenyataan fatwa mengenai perkara tersebut, yang mana didapati sebahagian orang yang mengutuk akidah yang di ajar oleh Universiti Al-Azhar tersebut.
Jawapan : Dar Ifta Mesir
Antara akidah yang benar disisi Islam adalah Allah ta’ala tidak dilingkungi oleh tempat dan Dia tidak ditetapkan dengan zaman kerana tempat dan zaman adalah makhluk maka Allah maha suci daripada meliputi apa sahaja makhlukNya, bahkan Dialah Pencipta setiap sesuatu dan Dia mengetahui akan setiap sesuatu, demikianlah akidah yang telah disepakati oleh umat Islam, tidak menginkari akidah ini seorang pun orang islam, dan ulama ilmu Islam telah menyatakan : “ Allah telah sedia wujud tanpa bertempat dan Dia sediakala sebelum mencipta tempat, tidak berubah sama sekali ”.
Diantara kenyatan ulama Salafus Soleh pada perkara akidah ini adalah kenyatan dari Imam Ja’far As-Sodiq ‘alaihissalam : “ Barangsiapa menganggap Allah itu dalam sesuatu atau daripada sesuatu atau atas sesuatu benda maka dia telah syirik (kafir) kerana sekiranya Allah di dalam sesuatu maka Dia mempunyai ukuran, sekiranya dikatakan Allah atas sesuatu benda maka Dia dipikul dan sekiranya Dia daripada sesuatu maka Dia makhluk”.T.
Dikatakan kepada Yahya bin Muaz Ar-Rozi : “ Beritahu kami tentang Allah ‘azza wajalla, lantas beliau menjawab : ‘Dia Tuhan yang Esa ’, ditanyakan kepada beliau : ‘bagaimana Allah?’ maka beliau menjawab: ‘Pemilik Yang Berkuasa’ dan ditanya kepada beliau lagi: ‘ di mana Dia?’ maka beliau menjawab : ‘bil mirsod’ dan dikatakan kepada beliau: ‘aku tidak bertanya tentang itu’ kemudian beliau berkata: ‘ selain daripada ini maka itu adalah sifat makhluk, manakala sifatNya adalah telah dikhabarkan’”.
Ditanya kepada Zun Nu Al-Misry semoga Allah meredhoinya mengenai firman Allah : “Arrahman ‘alal Arasyi Istawa” beliau mengatakan: Allah telah menberitahu zatNya wujud dan Allah menafikan tempat bagi diriNya, Diri Allah wujud, makhluk pun wujud sepertimana ciptaan Allah kehendaki”.T
Manakala yang tertera dalam Alquran dan Alhadith daripada nas-nas menunjukkan ketinggian Allah ‘azza wajalla terhadap hambaNya maka ketahuilah bahawa maksunya ketinggian martabat, kemulian, kehebatan dan penguasaan kerana Allah tidak menyerupai makhlukNya, tidaklah sifatNya seperti sifat makhluk, tidaklah sifat Pencipta bersamaan dengan sifat makhluk yang berkaitan dengan kelemahan bahkan Allah itu bagiNya sifat sempurna daripada nama-nama yang muliaNya.
Segala yang terbayang dibenak pemikiran kamu maka Allah tidak begitu, lemah mengkhayalkan zatNya adalah pengetahuan yang benar dan mencari-cari zat Allah adalah syirik dan kufur.
Akidah Ulama Al-Azhar Al-Syarif adalah aqidah Al-Asyairah dan ia adalah akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah, akidah ulama Al-Asyairah adalah akidah jumhur ulama umat Islam dan merekalah yang menentang kekacauan akidah oleh atheis dan selainnya dan Al-Asya’irahlah yang berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad sollallahu ‘alaihi wasallam sepanjang waktu dalam sejarah Islam. Barang siapa yang mengkafirkan Al-Asya’irah atau menghukum fasiq terhadap Al-Asya’irah maka akidah orang itu dalam bahaya.
Berkata Al-Hafiz Ibnu ‘Asakir rahimahullah dalam kitab beliau berjudul Tabyil Kazib Al-Muftary Fima Nusiba Ila Al-Imam Abi Al-Hasan Al-Asy’ary ( Kenyataan Terhadap Pendustaan Penipu Kepada Apa Yang Disandarkan Kepada Imama Abu Hasan Al-Asy’ary) katanya: “ Semoga Allah memberi taufik kepadaku dan kepadamu dan mengolongkan dalam golongan orang bertaqwa, ketahuilah bahawa daging ulama yang diracun (difitnah) dan Allah akan membalasnya, barangsiapa menyandarkan keatas ulama Islam pendustaan maka Allah akan menimpakan kepadanya bala yang besar ketika dia mati dengan mematikan hatinya”.T
Dimaklumkan bahawa ulama Al-Azhar As-Syarif merupakan tempat kautan ilmu dan agama seperti terdapat dalam sejarah Islam yang tidak boleh dinafikan lagi, dan Al-Azhar tetap secara jelas dengan pegangan ini menyampaikan seperti ulama selepas kurun pertama yang mulia, Allah menjaga agamaNya daripada segala penentangan dan peragu, maka sesiapa menentang akidah ini adalah bahaya yang amat besar dan mereka yang menentang akidah ini ( Allah Wujud Tanpa Bertempa) adalah golongan Khawarij dan golongan Murjifah yang Allah telah menceritakan keburukan mereka dengan firmanNya : لَئِن لَّمْ يَنتَهِ المُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ وَالْمُرْجِفُونَ فِى المَدِينَةِ لَنُغْرِيَنَّكَ بِهِمْ ثُمَّ لاَ يُجَاوِرُونَكَ فِيهَا إِلا قَلِيلًا
Surah Al-Ahzab ayat 60
Wallahu 'alam. |
Penjelasan Terhadap Kata-Kata Imam Abu Hanifah
*sila rujuk nota kaki untuk 1-9
Bagi memahami persoalan ini adalah penting untuk mengetahui terlebih dahulu bahawa di dalam Al-Quran terdapat ayat yang dikategorikan sebagai ayat muhkamat dan ayat mutasyabihat.
Ayat muhkamat ialah ayat yang mengandungi satu makna sahaja sementara ayat mutasyabihat ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu makna.
Tiada kesulitan dalam mentafsirkan ayat muhkamat kerana kejelasan maknanya contohnya firman Allah yang berbunyi:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ
Maksud: "Tiada menyerupai-Nya akan sesuatu". (As-Syura: 11)Adapun bagi ayat mutasyabihat, maka dalam mentafsirkannya ulama telah memilih dua cara iaitu: a. Takwil Ijmali (tafwidh): Takwil ijmali lebih masyhur dalam kalangan ulama salaf dan sebahagian daripada ulama khalaf -1 . Maksud takwil ijmali ialah tafsiran yang umum dan ringkas pada sesuatu ayat yang pada zahirnya terdapat persamaan antara Allah dengan makhluk. Misalnya tentang makna istawa dalam surah Toha ayat 5 yang bermaksud: Ar-Rahman di atas arasyh istawa. Maka ulama yang memilih kaedah takwil ijmali ini akan mengatakan misalnya: istawa bi la kaif (istawa tanpa menyerupai makhluk). Dalam hal ini mereka tidak menentukan (ta'yin) makna yang khusus bagi kalimah istawa tersebut. b. Takwil Tafsili: Sementara kaedah takwil tafsili lebih masyhur dalam kalangan ulama khalaf dan sebahagian daripada ulama salaf. Maksud takwil tafsili ialah tafsiran yang terperinci iaitu ditentukan makna yang khusus bagi ayat yang pada zahirnya terdapat persamaan antara Allah dengan makhluk. Misalnya tentang makna istawa, maka mereka mentafsirkannya dengan makna qahara atau sebarang makna yang layak bagi Allah. Jelasnya di sini, ulama salaf dan khalaf bersepakat tidak mengambil makna ayat mutasyabihat secara zahir. Adapun dakwaan setengah pihak bahawa kata-kata sebahagian ulama salaf yang berbunyi: istawa bi la kaif maknanya ialah "Allah duduk tanpa kita mempersoalkan bagaimana Allah duduk" adalah satu kejahilan dan penyelewengan terhadap kata-kata ulama salaf tersebut. Jika mereka terjemahkan kalimah istawa dengan makna duduk, itu bererti mereka telah melakukan takwil tafsili -2 iaitu dengan menentukan makna yang khusus bagi kalimah tersebut. Cuma takwilan mereka itu adalah takwilan yang salah kerana maha suci Allah daripada bersifat duduk yang mana ia merupakan sifat manusia, jin dan juga haiwan. Adapun takwilan sebahagian ulama ahlus sunnah bahawa makna istawa ialah qahara, maka ia adalah takwilan yang layak bagi Allah kerana Allah sendiri telah menyifatkan zat-Nya dengan sifat tersebut seperti dalam firmannya yang berbunyi:
هُوَ اللَّهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ
Makna: "Dialah Allah Yang Esa dan yang Maha Berkuasa (Al-Qahhar)". (Az-Zumar: 4)Oleh itu sebahagian kaum muslimin menamakan anak-anak mereka dengan nama Abdul Qahhar (Hamba Allah Yang Maha Berkuasa) dan tiada yang menamakan anak mereka dengan nama Abdul Jalis (Hamba Allah Yang Duduk). Contoh lain yang menunjukkan ulama salaf memilih kaedah takwil ijmali ialah kata-kata Imam Abu Hanifah di dalam kitabnya yang berjudul Al-Fiqh Al-Akbar yang berbunyi:
وله يد ووجه ونفس كما ذكره الله تعالى في القرآن، فما ذكره الله تعالى في القرآن من ذكر الوجه واليد والنفس فهو له صفات بلا كيف ولا يقال: إن يده قدرته أو نعمته، لأن فيه إبطال الصفة. وهو قول أهل القدر والاعتزال
Maksud: Dan bagi-Nya yadun dan wajhun dan nafsun sepertimana Allah menyatakannya dalam Al-Quran. Maka apa yang Allah Taala nyatakan dalam Al-Quran berkenaan al-wajh, al-yad dan an-nafs, maka ia adalah sifat-sifat bagi-Nya tanpa kaif dan tidak dikata: sesungguhnya yaduhu itu adalah kudrat-Nya atau nikmat-Nya, kerana itu membatalkan sifat Allah. Dan ia juga adalah kata-kata golongan Qadariah dan Muktazilah ". -3
Daripada nukilan di atas, Imam Abu Hanifah –semoga Allah meredainya- tidak menentukan makna yang khusus bagi kalimah al-wajh, al-yad dan an-nafs sebaliknya beliau sekadar mengatakan: fa huwa lahu sifaatun bi la kaif (maka ia adalah sifat-sifat bagi-Nya tanpa kaif). Setengah pihak -khususnya golongan yang menolak dan mencela kaedah takwil- tidak memahami kata-kata Imam Abu Hanifah dengan betul maka mereka menterjemahkan kata-kata beliau dengan makna: "Dan bagi-Nya tangan (yadun), muka (wajhun) dan diri (nafsun) sepertimana Allah menyatakannya dalam Al-Quran". Tidakkah dengan mereka mentafsirkan yadun dengan makna tangan, wajhun dengan erti muka dan nafsun dengan erti diri itu bererti mereka telah menentukan makna yang khusus bagi kalimah tersebut? Tidakkah ini melakukan takwil tafsili namanya?! Maka sebenarnya kata-kata Imam Abu Hanifah tersebut bukan hujah bagi mereka untuk mengatakan bahawa golongan salaf beriktikad Allah mempunyai tangan, muka, duduk di atas arasyh dan sebagainya kerana sesungguhnya golongan salaf tidak bermaksud sedemikian dan maha suci Allah daripada sifat-sifat tersebut. Antara bukti lain yang menunjukkan bahawa Imam Abu Hanifah tidak maksudkan dengan kalimah wajhun, yadun dan nafsun itu dengan anggota tubuh (al-jarihah) ialah apa yang disebut oleh Imam Abu Jaafar At-Thohawi dalam kitab akidahnya yang masyhur iaitu Al-Aqidah At-Thohawiyah yang berbunyi:
تعالى الله عن الحدود والغايات والأركان ولأعضاء والأدوات لا تحويه الجهات الستّ كسائر المبتدعات
Maksud: Maha suci Allah daripada mempunyai ukuran (hudud), berpenghujung (ghayat), bersisi (arkan), beranggota besar -4 ( aa'dho' ) dan beranggota kecil -5 (adawath). Tiada meliputi-Nya arah yang enam -6 seperti sekelian makhluk".
Apa yang ditulis oleh Imam Abu Jaafar At-Thohawi ini adalah merupakan akidah Imam Abu Hanifah dan dua orang anak muridnya iaitu Al-Qadi Abu Yusuf dan Muhammad bin Al-Hasan As-Syaibani -7 kerana pada awal bicaranya Imam Abu Jaafar At-Thohawi menyatakan:
هذا ذكر بيان عقيدة أهل السنة والجماعة على مذهب فقهاء الملّة: أبي حنيفة النعمان بن ثابت الكوفي، وأبي يوسف يعقوب بن ابراهيم الأنصاري، وأبي عبد الله محمّد بن الحسن الشيباني
Maksud: "Ini adalah satu penerangan tentang akidah ahlus sunnah wal jamaah atas jalan ulama Islam iaitu Abu Hanifah Nukman bin Tsabit Al-Kufi, dan Abu Yusuf Yaakub bin Ibrahim Al-Ansari dan Abu Abdillah Muhammad bin Al-Hasan As-Syaibani".-8
Maka jelaslah apa yang dikehendaki oleh Imam Abu Hanifah daripada kata-kata beliau: "Dan bagi-Nya yadun dan wajhun dan nafsun sepertimana Allah menyatakannya dalam Al-Quran", bukanlah bererti Imam Abu Hanifah menetapkan bagi Allah tangan, muka dan diri kerana kesemua itu adalah sifat makhluk yang tidak layak bagi Allah. Adapun kata-kata Imam Abu Hanifah yang berbunyi: "dan tidak dikata: sesungguhnya yaduhu itu adalah kudrat-Nya atau nikmat-Nya, kerana itu membatalkan sifat Allah. Dan ia juga adalah kata-kata golongan Qadariah dan Muktazilah", maka ini tidak bererti takwil adalah dilarang sama sekali kerana sesungguhnya telah dinukil daripada sebahagian ulama salaf bahawa mereka turut melakukan takwil contohnya takwilan Ibnu Abbas terhadap firman Allah dalam surah Az-Zariyat ayat 47 yang berbunyi:
وَالسَّمَاء بَنَيْنَاهَا بِأَيْد
Maksud: "Dan langit itu kami bina dengan aydin". (Az-Zariyat:47)
Kalimah aydin dalam ayat di atas telah ditakwil oleh Ibnu Abbas dengan makna 'kekuatan' seperti yang telah dinyatakan oleh Ibnu Jarir At-Tabari dalam tafsirnya.-9 .
Kalimah aydin ialah kata jamak (plural) bagi kalimah yadun. Ini menunjukkan kepada kita bahawa takwil tidaklah dilarang secara mutlak.
Adapun pendirian Imam Abu Hanifah yang menolak untuk melakukan takwil tafsili terhadap kalimah yadun, wajhun dan nafsun maka ia berkemungkinan atas dua sebab:
a. Beliau seorang ulama yang hidup dalam kurun salaf yang mana pada masa tersebut kaedah takwil ijmali lebih masyhur di sisi ulama ahlus sunnah. Oleh itu kaedah ini lebih dekat dengan imej golongan ahlus sunnah pada zaman tersebut. b. Golongan yang kerap melakukan takwil tafsili pada masa tersebut ialah golongan Qadariyah dan Muktazilah. Bagi membezakan golongan ahlus sunnah dengan golongan tersebut, maka berlakulah penolakan terhadap takwilan secara tafsili.
Namun apabila bilangan umat Islam semakin bertambah dengan kemasukan bangsa-bangsa yang bukan Arab ke dalam agama Islam, maka sebahagian ulama telah memilih kaedah takwil tafsili ketika mentafsirkan makna ayat-ayat mutasyabihat supaya ia lebih mudah difahami oleh bangsa bukan Arab dan juga demi menyelamatkan mereka daripada terjerumus ke dalam akidah tasybih dan tajsim.
Oleh kerana itulah, kaedah takwil tafsili lebih masyhur di sisi ulama khalaf dibandingkan dengan zaman ulama salaf.
Dalam konteks Malaysia, sudah pasti kaedah takwil tafsili lebih dekat dan praktikal dengan keadaan umat Islam di Malaysia yang majoritinya tidak memahami bahasa Arab. Seandainya kaedah takwil ijmali digunakan ke atas orang awam yang tidak mengerti bahasa Arab, maka apakah yang perlu dinyatakan kepada mereka jika mereka bertanya kepada para ulama tentang makna istawa dalam ayat 5 surah Toha?. Adakah memadai dikatakan kepada mereka: Istawa yang layak bagi Allah! (tanpa menjelaskan maknanya), sudah tentulah mereka akan kebingungan.
Semoga Allah meredai ulama-ulama ahlus sunnah daripada golongan salaf dan khalaf yang telah berusaha gigih menyelamatkan akidah kaum muslimin daripada iktikad tasybih dan tajsim!
WALLAHUA'LAM ________________________________________________________________________
1-Ini kerana tidak kesemua ulama salaf memilih kaedah takwil ijmali bahkan ada di antara mereka yang memilih kaedah takwil tafsili. Barangsiapa meneliti Tafsir At-Tabari dan kitab Al-Asma was Sifat bagi Imam Al-Baihaqi, nescaya mereka akan mendapati bahawa sebahagian ulama salaf seperti Ibnu Abbas turut melakukan takwil tafsili seperti yang dilakukan oleh kebanyakan ulama khalaf.
2-Golongan yang mengambil makna ayat mutasyabihat secara zahir mencela dan mengeji ulama yang memilih kaedah takwil dengan dakwaan mereka bahawa takwil adalah ta'thil (iaitu menafikan sifat Allah). Tidakkah mereka sendiri sebenarnya melakukan takwil apabila mereka menentukan makna yang khusus bagi ayat mutasyabihat seperti istawa mereka kata maknanya duduk, yadun maknanya tangan dan yang seumpamanya?. Sesungguhnya mereka mencela diri mereka sendiri tanpa mereka sedari!
3-Al-Imam Abu Hanifah: Al-Fiqh Al-Akbar, hlm.66, Dar Al-Kutub Al-Ilmiah, Lubnan, 1995, ed.1. Tahkik: Ali Muhammad Dandal
4-Anggota besar contohnya seperti tangan, kaki, kepala dan yang seumpamnya.
5-Anggota kecil contohnya seperti lidah, hidung, mata, telinga dan yang seumpamanya.
6-Arah yang enam ialah: atas, bawah, kanan, kiri, depan dan belakang. Maha suci Allah daripada berada pada salah satu dari arah-arah tersebut kerana Allah wujud tanpa memerlukan tempat sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Abdul Qahir Al-Baghdadi dalam kitabnya Al-Farqu Bainal Firaq (hlm. 256) yang bermaksud: "Golongan ahlus sunnah berijmak bahawa Allah tidak diliputi oleh tempat".
7-Tapi ini tidak bermakna Akidah Thohawiyah ini hanya merupakan akidah tiga ulama tersebut sahaja, sebaliknya ia adalah akidah golongan ahlus sunnah umumnya.
8-Imam Abu Jaafar At-Thohawi: Silsilah Al-Mutun (Al-Akidah Al-Thohawiyah), hlm. 19, Dar Al-Masyari', Lubnan, ed.1, 2004.
9-Ibnu Jarir At-Tobari: Jami' Al-Bayan, j: 13, hlm.7, Dar Al-Fikr, Lubnan, 1988
http://www.iluvislam.com
Posted at 05:14 pm by melayucyber
Permalink
Monday, August 04, 2008
Ulama’ yang menolak Ibn Taimiyah.
Ada orang bertanya pada ambo, pasai apa terdapat golongan yang menolak Ibn Taimiyyah (wafat 728H) sedangkan kebanyakkan ulama kontemporari menerimanya bahkan mengagung-agungkannya?
Maka ambo katakan padanya bahwa, yang sangat mengagungkan Ibn Taimiyyah ni kebanyakan dari ulama Wahhabi saja. Ramai dikalangan ulama ahl al-Sunnah wa al-Jamaah menolaknya samada dikalangan ulama terdahulu mahupun masakini. Bahkan, Ibn Taimiyyah juga ditolak oleh kebanyakkan ulama yang sezaman dengannya kerana masalah berkaitan dengan aqidahnya dan juga didalam masalah fiqih dimana banyak pendapat-pendapat Ibn Taimiyyah yang menyalahi ijma ulama. Itu secara ringkasnya lah. Dan ada juga yang bersangka baik dengannya. Macam-macamlah.
Maka untuk mengetahui siapakah ulama yang menolak Ibn Taimiyyah, ambo bawa mari senarai yang tertulis didalam buku bertajuk Wahabisme Dari Neraca Syara oleh Syaikh Muhammad Fuad Kamaludin al-Maliki. Antaranya adalah seperti berikut:
- Al-Qadhi al-Mufassir Badruddin Muhammad ibn Ibrahim ibn Jama’ah al-Syafie (wafat 733H)
- Al-Qadhi Muhammad ibn al-Hariri al-Anshori al-Hanafi
- Al-Qadhi Muhammad ibn Abu Bakar al-Maliki
- Al-Qadhi Ahmad ibn Umar al-Maqdisi (Ibn Taimiyyah telah dipenjarakan dengan fatwa yang ditandatangani oleh mereka berempat diatas. Pembaca boleh merujuk kepada kitab Uyun al-Tawarikh karangan Imam al-Kutbi. Al-Hafidz al-Faqih al-Subki menyebut di dalam kitabnya Fatawa al-Subki:وحبس بإجماع العلماء وولاة الأمور Artinya: Ibn Taimiyyah dipenjara dengan ijma’ ulama’ dan pemerintah
- Syaikh Sholeh ibn Abdullah al-Batoihi (wafat 707H)
- Syaikh Kamaluddin Muhammad ibn Abi al-Hasan ‘Ali al-Siraj al-Rifa’ie al-Quraisyi al-Syafie
- Qadhi Besar Mesir, Ahmad ibn Ibrahim al-Hanafi (wafat 710H)
- Qadhi Besar Mazhab Maliki di Mesir, Ali ibn Makhluf (wafat 718H). Beliau berkata: Ibn Taimiyyah menyatakan bahawa Tuhan berjisim. Bagi kami, sesiapa yang beri’tiqad dengan I’tiqad ini adalah kufur dan wajib di bunuh.
- Syaikh al-Faqih ‘Ali ibn Ya’qub al-Bakari (wafat 724H). Ketika Ibn Taimiyyah masuk ke Mesir, beliau adalah orang yang paling lantang menolak fahman yang dibawa oleh Ibn Taimiyyah.
- Al-Faqih Syamsuddin ibn ‘Adlan al-Syafie (wafat 749H). Beliau berkata Ibn Taimiyyah berkata: Allah Ta’ala diatas ‘Arasy secara haqiqi dan Allah Ta’ala berkata dengan huruf dan suara.
- Al-Hafidz al-Mujtahid Taqiyuddin al-Subki (wafat 756H).
- Al-Muhaddits al-Mufassir al-Usuli al-Faqih Muhammad ibn Umar ibn al-Makki al-Syafie (wafat 716H). Beliau pernah berdebat dengan Ibn Taimiyyah.
- Al-Hafidz Abu Sa’id Sholahuddin al-‘Ala’i (wafat 761H)
- Qadhi Besar Madinah al-Munawwarah Abu ‘Abdillah ibn Musallam ibn Malik al-Solihi al-Hanbali (wafat 726H)
- Syaikh Ahmad ibn Yahya al-Kalabi al-Halabi (wafat 733H)
- Al-Qadhi Kamluddin al-Zamalkani (wafat 727H)
- Al-Qadhi Shofiyuddin al-Hindi (wafat 715H). Beliau pernah berdebat dengan Ibn Taimiyyah.
- Al-Faqih al-Muhaddits ‘Ali ibn Muhammad al-Baji al-Syafie (wafat 714H)
- Al-Muarrikh al-Faqih al-Mutakallim al-Fakhr ibn al-Mu’allim al-Quraisyi (wafat 725H)
- Al-Faqih Muhammad ibn ‘Ali ibn ‘Ali al-Mazani al-Dimasyqi (wafat 721H)
- Al-Faqih Abu al-Qasim Ahmad ibn Muhammad ibn Muhammad al-Syairazi (wafat 733H)
- Al-Faqih al-Muhaddits Jalaluddin Muhammad al-Qazwini al-Syafie (wafat 739H)
- Al-Mufassir Abu Hayyan al-Andalusi (wafat 745H). [ Tambahan dari ambo:- Abu Hayyan al-Andalusi al-Nahwiyyu al-Mufassiru al-Muqri-u menegaskan dalam kitab tafsirnya al-Nahr al-Mad satu ungkapan yang berbunyi : “Saya telah membaca dalam kitab Ahmad Bin Taimiyyah, beliau ini merupakan seorang yang hidup sezaman dengan kami dan ia adalah dengan tulisan tangannya sendiri yang dinamakan sebagai Kitab Al-Arasy, bahawa Allah duduk di atas al-Kursi dan Dia mengosongkan satu tempat untuk didudukkan disitu Nabi Sollallahu A'laihi Wassallam bersamanya dan telah bertahayyyul Taj Bin Muhammad Bin Ali Abdul Haqqi al-Barnabary. Dia adalah adalah penyeru yang paling menonjol baginya (Ibn taymiyah) sehinggalah diambil daripadanya dan kami bacakan apa yang sedemikian itu termaktub di dalamnya.” – dipetik dari blog abu lehyah)
- Al-Hafidz al-Zahabi (wafat 748H)
- Syaikh Afifuddin Abdullah ibn ‘As’ad al-Yafi’i al-Yamni al-Makki (wafat 768H)
- Al-Faqih Ibn Batutah (wafat 779H)
- Al-Faqih Tajuddin al-Subki (wafat 771H)
- Al-Muarrikh Ibnu Syakir al-Kutbi (wafat 764H)
- Syaikh Umar Abi al-Yamn al-Lakhmi al-Fiqihi al-Malihi (wafat 734H)
- Qadhi Muhammad al-Sa’di al-Misri al-Akhna’i (wafat 750H)
- Syaikh Isa al-Zawawi (wafat 743H)
- Syaikh Ahmad ibn Utsman al-Hanafi (wafat 744H)
- Al-Hafidz ‘Abdurrahman ibn Ahmad, masyhur dengan gelaran Ibnu Rajab al-Hanbali (wafat 795H)
- Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani (wafat 852H)
- Al-Muhaddits al-Hafidz al-Faqih Waliyuddin al-Iraqi (wafat 726H). Beliau menyebut didalam kitabnya al-Ajwibah al-Mardhiyah ‘ala al-As’ilah al-Makkiyah: “Beliau (Ibn Taimiyyah) telah mencarik persepakatan ijma di dalam banyak masalah (agama) sehingga dikatakan sampai kepada 60 permasalahan. Sebahagiannya di dalam perkara ushul dan selebihnya lagi di dalam perkara furu’.”
- Al-Faqih al-Muarrikh Ibnu Qadhi Syuhbah al-Syafie (wafat 851H)
- Al-Faqih Abu Bakar al-Hisni (wafat 829H)
- Syaikh Abu ‘Abdillah ibn ‘Arafah al-Tunisi al-Maliki (wafat 803H)
- Al-‘Allamah ‘Alauddin al-Bukhari al-Hanafi (wafat 841H). Beliau mengeluarkan fatwa tentang pengkafiran Ibn Taimiyyah dan juga bagi mereka yang menggelarkan Ibn Taimiyyah sebagai Syaikhul Islam setelah mengetahui perkataan-perkataan kafir yang diucapkan oleh Ibn Taimiyyah.
- Syaikh Humaiduddin al-Farghani al-Hanafi (wafat 867H)
- Syaikh Zarruq al-Fasi al-Maliki (wafat 899H)
- Al-Hafidz al-Sakhawi (wafat 902H)
- Ahmad ibn Muhammad atau masyhur dengan panggilan Ibnu salam al-Misri (Wafat 931H)
- Syaikh Ahmad ibn Muhammad al-Watari (wafat 980H)
- Syaikh Ahmad ibn Muhammad al-Khuwarizmi (wafat 987H)
- Qadhi al-Biyadhi al-Hanafi (wafat 1098H)
- Syaikh Ibn Hajar al-Haithami (wafat 974H). Beliau menyebut di dalam kitabnya Fatawa al-Haditsiah: “… Dan berhati-hatilah terhadap kitab-kitab Ibnu Taimiyyah dan anak muridnya Ibn Qayyim al-Jauziyyah dan selain daripada mereka berdua yang menjadikan hawa nafsu mereka sebagai Tuhan mereka dan Allah menyesatkan mereka di atas ilmu dan menutup pendengaran dan hati-hati mereka dan menghalang penglihatan mereka ….”. Didalam kitab Hasyiah Idhoh beliau berkata: “… jangan tertipu dengan keingkaran Ibn Taimiyyah terhadap sunat menziarahi Rasulullah صلى الله عليه وسلم, kerana dia merupakan hamba yang telah disesatkan oleh Allah Ta’ala sebagaimana yang dikatakan oleh al-‘Izz ibn Jama’ah….”
- Syaikh Jalauddin al-Duwani (wafat 928H)
- Syaikh Abdul Nafi’ ibn Muhammad ibn ‘Ali ibn ‘Iraq al-Dimasyqi (wafat 962H)
- Qadhi Abu Abdillah al-Muqri
- Mulla ‘Ali al-Qari (wafat 1014H)
- Syaikh Abdul Rauf al-Munawi al-Syafie (wafat 1031H)
- Al-Muhaddits Muhammad ibn ‘Allan al-Siddiqi al-Makki (wafat 1057H)
- Syaikh Ahmad al-Khufaji al-Misri al-Hanafi (wafat 1096H)
- Al-Muarrikh Ahmad Abu al-Abbas al-Muqri (wafat 1041H)
- Syaikh Muhammad al-Zarqani al-Maliki (wafat 1122H)
- Syaikh Abdul Ghani al-Nabulisi (wafat 1143H)
- Syaikh Muhammad al-Mahdi ibn ‘Ali al-Siyadi (wafat 1287H)
- Sayyid Muhammad Abul Huda al-Siyadi (wafat 1328H)
- Mufti Musthafa ibn Ahmad al-Syatti al-Hanbali al-Dimasyqi (1348H)
- Syaikh Muhammad Khattab al-Subki (wafat 1352H)
- Mufti Madinah al-Munawwarah, Syaikh al-Muhaddits Muhammad al-Khidir al-Syanqithi (wafat 1353H)
- Syaikh Salamah al-‘Azzami al-Syafie (wafat 1376H)
- Mufti Mesir, Syaikh Muhammad Bakhit al-Muti’i (wafat 1354H)
- Syaikh Muhammad Zahid al-Kauthari (wafat 1371H)
- Syaikh Ibrahim ibn Utsman al-Samhudi al-Misri
- Syaikh Muhammad Yusuf al-Banuri al-Bakistani
- Syaikh Muhammad al-A’rabi al-Tabbani (wafat 1390H)
- Syaikh Mansur Muhammad Uwais
- Al-Hafidz ibn al-Siddiq al-Ghumari (wafat 1380H)
- Al-Muhaddits Abdullah al-Ghumari (wafat 1413H)
- Al-Musnid al-Habib Abu al-Asybal Salim ibn Ahmad ibn Jindan (wafat 1389H)
- Syaikh Muhammad ibn Isa Badran al-Misri
- Syaikh Musthafa Abu Saif al-Hamami. Beliau telah mengkafirkan Ibn Taimiyyah di dalam kitabnya Ghauth al-‘Ibad bi Bayani al-Rasyad. Kitab tersebut telah diiktiraf oleh beberap orang ulama’ besar yang menulis pujian terhadapnya. Diantaranya Syaikh Muhammad Sa’id al-‘Urfi, Syaikh Yusuf al-Dijwi – anggota Majlis Ulama Besar al-Azhar, Syaikh Mahmud Abu Daqiqah, Syaikh Muhammad al-Buhairi, Syaikh Muhammad Abdul Fattah ‘Itani, al-Muhaddits Syaikh Habibullah al-Syanqiti, Syaikh Dusuqi Abdullah al-‘Arabi dan Syaikh Muhammad Hifni Bilal
- Al-Muhaddits Syaikh Abdullah al-Harari.
Begitulah senarai ulama yang menolak Ibn Taimiyyah .... dan ramai lagi ulama yang menolak ibn Taimiyyah
Posted at 10:52 am by melayucyber
Permalink
 HARUS DIINGAT BILA KITA BERTEMU DI PASARAN BUKU-BUKU SALAT YANG DIKAITKAN DENGAN NABI S.A.W ADALAH BUKU-BUKU YANG MEMBAWA AJARAN WAHABI. RAMAI ORANG AWAM YANG TIDAK MEMAHAMI PERMAINAN GOLONGAN WAHABI DALAM MENYEBARKAN AJARAN MEREKA. BAGI MEREKA YANG TELAH SADAR DENGAN PERKEMBANGAN WAHABI WAJIB LAH MENPERINGATKAN ORANG LAIN DARI TERJEBAK DALAM PERMAINAN WAYANG KULIT GOLONGAN INI. AWAS !!!
Posted at 10:50 am by melayucyber
Permalink
Posted at 10:49 am by melayucyber
Permalink
|